https://treelightasia.wordpress.com/

KUALA LUMPUR , Malaysia--Monarki adalah suatu sistem politik yang berdasarkan kepada kedaulatan dan pemerintahan beraja yang tidak pernah terpecah-belah dari susur galur keturunannya. Sistem Raja Monarki juga adalah suatu bentuk pemerintahan beraja yang tertua sekali di dunia, yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Istilah ‘monarki’ ini diberikan kepada sesebuah negara yang mana kedudukan tertingginya adalah seorang Raja atau Ratu. Selain itu ia juga boleh diberikan kepada seseorang penguasa yang ditabalkan oleh keturunan raja tersebut yang melantiknya untuk berfungsi sebagai seorang ketua negara dengan syarat mempunyai kedudukannya melalui keturunannya yang terkait rapat dengan keturunan raja tersebut.

Dalam sesebuah pemerintahan raja monarki, kebiasaannya Raja atau Ratu adalah sebagai seorang Ketua Negara. Sebagai contoh monarki raja di United Kingdom dikenali dengan nama Raja Berperlembagaan. Seseorang Raja atau Ratu di United Kingdom adalah bertanggungjawab kepada beberapa buah negara di bawahnya iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland yang mempunyai kabinet Parlimennya sendiri.

Ini bererti bahawa seseorang Raja atau Ratu yang bertindak sebagai Ketua Negara, kemampuan beliau untuk membuat dan seterusnya meluluskan undang-undang negara adalah tertakluk kepada keputusan kabinet Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.

Walaupun dalam sistem monarki, seseorang Raja atau Ratu telah dilantik menjadi seorang Ketua Negara, tetapi beliau tidak mempunyai peranan politik atau mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbirannya sendiri. Walaupun begitu beliau amat dianggap sebagai mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan sesebuah negara dan rakyatnya menjadi suatu simbol kekuatan.

Sebagai seorang Ketua Negara juga, Raja atau Ratu tersebut haruslah menjalankan tugas perlembagaan dan perwakilan yang telah diwariskan kepadanya melalui perlantikan beliau sebagai seorang Raja atau Ratu yang telah diperturunkan kepadanya dari satu generasi ke satu generasi beratus-ratus tahun dahulu.

Beliau diberikan tugas utama bertindak sebagai memberi fokus kepada identiti bangsanya sendiri selain dari memberikan perpaduan dan kebanggaan kepada rakyat jelata. Beliau juga bertanggungjawab untuk memberikan rasa kestabilan dan kesinambungan rakyat dan negara.

Selain itu tugas beliau adalah untuk memberi pengiktirafan secara rasmi di atas setiap kejayaan dan kecemerlangan rakyatnya dengan memberikan pangkat dan gelaran setaraf dengan pencapaian yang telah diberikan oleh rakyat kepada negaranya.

Beliau juga berhak menarik balik segala gelaran dan pangkat yang telah dikurniakannya sekiranya beliau merasakan perlu untuk melakukan tindakan sedemikian. Selalunya penarikan semula kurniaan pangkat dan gelaran ini berlaku apabila adanya penderhakaan dari rakyat atau kemurkaan dari pihak Raja atau Ratu tersebut.

Sejarah pernah mencatatkan bahawa dalam pemerintahan monarki terdahulu sebelum adanya pemerintahan raja berperlembagaan yang sekarang terdapat seorang Raja England iaitu Raja George III yang pernah kehilangan tanah jajahannya kepada pemberontakan tentera Amerika suatu ketika dahulu.

Sebuah peperangan yang membawa kepada pembentukan kerajaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh George Washington. Amerika telah diasaskan dengan tiga cabang pemerintahan yang saksama, iaitu sistem mahkamah, sistem perundangan dan perlembagaan. Dalam sistem demokrasi yang matang, kuasa mereka kekal terpelihara dengan kuasa mutlak diberikan kepada seorang Presiden.

Pemerintahan monarki raja kebiasaannya berada di sebalik undang-undang kerajaan tersebut. Setiap raja monarki adalah kebal dari pemeriksaan penguasanya sendiri dan juga dari sistem perundangan mahkamah. Inilah yang membezakan pemerintahan raja monarki dengan sistem perlembagaan yang menjadi asas kepada demokrasi.

Namun kebiasaannya seseorang sering bertanya apa yang dimaksudkan dengan ‘monarki’? Adakah ianya hanyalah satu figura yang hanya memegang tampuk pemerintahan dengan tongkat dan mahkota sahaja? Atau mungkin ianya seorang diktator yang kejam yang hanya memerintahkan apa sahaja kepada seluruh orang bawahannya dengan menggunakan kekerasan dan ketenteraannya?

Atau mungkinkah monarki ini adalah suatu bentuk perajaan yang menyeramkan, sesuatu yang menyimpan pelbagai aturan dan misteri sejak dahulu? Mungkin juga monarki ini adalah suatu peninggalan kuasa kepada mereka yang tidak pernah terpilih untuk meneruskan monarki tersebut tetapi telah diberikan kepadanya secara paksaan, tanpa kerelaan hatinya sendiri.

Pernah berlaku dalam sejarah beberapa kerajaan monarki yang mana Rajanya telah melepaskan sumpah jawatan beliau kerana tidak mahu meneruskan pemerintahan monarki ini. Tetapi Raja ini lebih gemar meneruskan segala dasar pentadbiran kerajaan dengan caranya sendiri dan secara senyap-senyap telah melakukan tindakannya sendiri bagi mengelakkan pandangan serong rakyat dan kerajaan terhadap cara pentadbirannya sendiri.

Sekali lagi, sejarah telah menunjukkan apa yang berlaku apabila monarki mengatasi demokrasi. Contohnya apabila Raja George III telah kalah dalam peperangan menentang Amerika dan lari menyembunyikan diri, ramai pegawai atasan kerajaannya termasuk anaknya sendiri ingin merebut kekuasaan kerajaannya yang luas.

Dan ini menyebabkan terjadinya huru-hara dalam pentadbiran negaranya. Walaupun anak kepada Raja George III ini bakal mewarisi takhta kerajaannya, ramai yang beranggapan bahawa beliau begitu lemah untuk mentadbir sesebuah negara apatah lagi menjadi raja kepada seluruh tanah jajahannya. Dengan berlakunya perpecahan monarki, peluang lebih terbuka untuk perebutan kuasa, dasar tampuk pemerintahan dan kedudukan sebagai pemerintah.

Sudah tentu tidak semua negara di dunia sekarang ini mempunyai monarkinya sendiri. Bergantung pada pengertian anda terhadap maksud monarki. Senarionya berbeza. Seperti yang berlaku kepada Raja George III. Disebalik kekalahannya ada yang begitu mendambakan kedudukan dan kekuasaan untuk meneruskan agenda politik mereka tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi kepada rakyatnya.

Monarki adalah suatu bentuk pemerintahan di mana seseorang Raja atau Ratu adalah sebagai seorang Ketua Negara. Apabila beliau telah dilantik menjadi Raja atau Ratu, jawatan beliau kekal sepanjang hayat atau sehingga ianya dilepaskan. Dan kebanyakannya kekal sehingga mereka mati. Cara pentadbiran mengikut legitimasi politik dan autoriti monarki sememangnya berbeza mengikut negara masing-masing.

Ada yang mengikut simbolik dari pentadbiran sebelumnya sehinggalah kepada pemerintahan autokratik sepenuhnya. Sebelum ianya berkembang mengikut peredaran zaman dan meluas ke seluruh tanah jajahannya yang juga membawa kepada perubahan dalam bidang perundangan dan kehakiman. Monarki adalah asas kepada sesuatu pembentukan kerajaan. Dahulu dan sekarang.
 
*Diterjemahkan oleh : Tree Light Studio*