PETALING JAYA, Malaysia--Lebih dari 150,000 rakyat Malaysia telah menyertai kempen yang mendapat perhatian ramai di Change.org yang menggesa Kerajaan Selangor menarik balik keputusan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)

Salah satu petisyen yang menerima tandatangan terbanyak adalah petisyen yang dibuat oleh Coalition for the Protection of Selangor’s Forest yang telah menerima sebanyak 102,213 sokongan. Petisyen yang dibuat adalah sebagai tindak balas langsung kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor melalui Warta Kerajaan negeri Selangor, Artikel No. 1810, Pelan Warta: 3018, bertarikh 4 Ogos 2021 yang telah menyahwartakan 536.7 hektar (54%) dari 957.63 hektar keluasan HSKLU bagi tujuan pembangunan bercampur.

Ini adalah petisyen kedua yang dibuat oleh CPSF terhadap isu ini di platform Change.org selepas petisyen pertama diserahkan kepada pegawai Kerajaan Selangor pada Mac 2020 lalu yang berjaya menyebabkan pengurangan rancangan pembangunan yang pada asalnya untuk menyahwartakan 97% dari HSKLU.  

Petisyen ini memetik bahawa keputusan penyahwartaan ini adalah tidak selari dengan perancangan Kerajaan Negeri Selangor yang termaktub dalam Rancangan Struktur Negeri 2035 untuk mengekalkan 32% kawasan hutan di Negeri Selangor. Ia juga bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan pelbagai perancangan negeri dan persekutuan lain antaranya Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan (2011 – 2020); Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016-2025); Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN-3); dan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030.

Tambahan lagi, petisyen tersebut turut menyenaraikan pelbagai kesan-kesan buruk akibat dari penyahwartaan antaraya pengabaian hak masyarakat Orang Asli Temuan yang telah tinggal di sana selama lebih dari 130 tahun, kehilangan habitat hidupan liar termasuk flora dan kepupusan akuatik, peningkatan risiko kebakaran gambut dan banjir di kawasan sekitar, kekurangan air, dan kepentingan ekosistem penyimpanan karbon untuk Selangor Selatan. Petisyen itu juga menyebut alasan lain yang berkaitan dengan perubahan iklim.

Penandatangan petisyen turut memberikan komen mengenai mengapa mereka menandatangani petisyen tersebut antaranya:-

“We don't have much forest any more. This area is home to the Orang Asli who depend on the forest for their sustainable Livelihood. Degraded forest is not an excuse. Degraded forest can be restored. The forest can help combat climate change. Save our forest.” signed Aisling Usun Bagly.

“The jungle needs to be preserved. It supports the existence and survival of mankind. It is the duty of public officials and the government to preserve the jungle.” signed Narinder Singh.

“Selaku warga Kuala Langat saya menolak sebarang usaha untuk mencabul ekologi dan penyahwartaan HSKLU! Kerajaan Selangor harus Pro-Rakyat, bukan Pro-Pemaju!” signed Thiban Subramaniam.

“We need to protect our biodiversity and forests, especially in this age of climate crisis and mass extinction. We especially do Not need to destroy high quality forest and further marginalize and shortchange our orang asli, the original custodians and rightful owners of this land.” signed Latifah Hamzah

“Cukup-cukuplah dengan Bumi yang dah tenat ni. Janganlah rakus nak harta dunia tanpa fikir panjang. Alam ni bukan milik manusia rakus” signed Siti Aisyah

Selain dari petisyen CPSF, terdapat juga dua petisyen lain dalam isu sama yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Kuala Langat yang menerima sebanyak 29, 572 sokongan dan Norina Abdul Rahman sebanyak 22, 324 sokongan yang mengumpulkan sebanyak 154,109 rakyat Malaysia yang membantah penyahwartaan HSKLU.